Halaman

Indonesia-Bali(Hari kedua/empat)


Hari ke-2 pengembaraan-Bahagian selatan Pulau Bali(Bulatan hijau)

Seperti yang telah saya kongsikan sebelum ini di dalam entri hari pertama, berikut adalah pengalaman saya pada hari kedua di Bali, Indonesia.
1)Pantai Kuta
2)Suasana Bandar Kuta di siang hari
3)Masjid Agung
4)GWK
5)Dreamland
6)Pantai Padang-Padang
7)Kuil Uluwatu
8)Tarian Kecak
9)Makan Malam di Jimbaran
10)Jalan Legian-Kota Kelab Malam
11)Monumen Pengeboman Bali 2002

Singgah di Pantai Kuta sebelum mengembara ke bahagian selatan Pulau Bali
Pintu masuk utama Pantai Kuta
Pemandangan sekitar Pantai Kuta 1
Pemandangan sekitar Pantai Kuta 2
Pemandangan sekitar Pantai Kuta 3
Pantai Kuta terkenal dengan aktiviti surfing
Antara aksi surfer di Pantai Kuta 1
Antara aksi surfer di Pantai Kuta 2
Kanak-kanak bermain ombak
Sesiapa yang ingin belajar surfing boleh mempelajarinya di sini
Surfing board

Yuran Surf School hanya USD35(RM105)
Antara perkara pelik yang sempat dirakam...hehe...
Antara pakej belajar yang ditawarkan
Hard Rock Hotel juga dihias menggunakan surfing board
Menuju ke bahagian selatan dan singgah di Masjid Agung
Masjid Agung, Bali
Lokasi pertama adalah GWK-Garuda Wisnu Kencana Cultural Park
Pintu masuk GWK
Tiket masuk berharga Rp30,000(RM10)
Menuju ke bahagian dalam GWK
Pagar yang memisahkan bahagian luar dan dalam GWK
Pemandangan GWK 1
Pemandangan GWK 2
Patung Dewa Wisnu
Patung Garuda Wisnu Kencana
Patung Garuda Wisnu Kencana
Huraian berkaitan Patung Garuda Wisnu Kencana(Plaza Garuda)
Pemandangan GWK 3
Patung Perdamaian
Patung ini dibina khas bagi mengingati mangsa pengeboman di Bali pada tahun 2002
Pepohon yang indah di pintu masuk/keluar GWK
Pintu keluar GWK...kini menuju ke Dreamland
Tiba di Dreamland
Perjalanan menuju ke pantai
Dreamland-Pantai kuta yang baru
Pemandangan Dreamland 1
Pemandangan Dreamland 2
Pemandangan Dreamland 3
Pemandangan Dreamland 4...destinasi seterusnya adalah pantai padang-padang
Tiba di Pantai Padang-Padang
Tangga sempit yang menghubungkan antara tempat letak kenderaan dan pantai
Apabila berselisih harus memberi laluan seorang demi seorang
Pemandangan Pantai Padang-Padang 1
Pemandangan Pantai Padang-Padang 2
Pemandangan Pantai Padang-Padang 3
Pemandangan Pantai Padang-Padang 4
Bermain muzik menggunakan alat yang unik
Pemandangan Pantai Padang-Padang 5....meluangkan masa hanya kira-kira 20 minit dan beredar menuju ke Uluwatu
Tiba di Uluwatu
Bayaran yang dikenakan
Setiap pengunjung perlu mengikat kain di pinggang sebagai tanda hormat kepada kawasan suci
Perjalanan sekitar Uluwatu
Antara binaan indah yang terdapat di kawasan Uluwatu
Pemandangan Indah Uluwatu 1
Pemandangan Indah Uluwatu 2
Pemandangan Indah Uluwatu 3
Pengunjung bergerak menuju ke lokasi persembahan tarian kecak.

Pengunjung yang mula membanjiri lokasi persembahan dan setiap seorang dikenakan caj sebanyak Rp70,000(RM24)
Dianggarkan sekitar 1500 hingga 2000 orang penonton setiap hari yang menyaksikan persembahan
Persembahan yang mengambil masa satu jam bakal dimulakan tepat jam 6 petang
Ucapan alu-aluan kepada para pengunjung dan tanda bermulanya tarian kecak
Para penari memulakan persembahan
Api sebagai tanda kuasa bagi masyarakat hindu di Bali
Renjisan Holy Water kepada para penari
Mereka hanya menggunakan bunyi-bunyian yang keluar dari mulut sepanjang persembahan berlangsung
Pelakon utama mula memasuki gelanggang persembahan
Antara babak menarik di dalam tarian kecak
Kera Putih-antara watak yang paling menonjol dalam tarian kecak
babak-babak akhir persembahan
Gambar kenangan bersama kera putih =)
Menuju ke Pantai Jimbaran bagi menikmati makan malam
Makan malam bertemankan bunyi ombak menghempas pantai
Suasana sekitar Pantai Jimbaran
Saya hanya memesan nasi goreng yang berharga Rp45,000(RM15) kerana seafood tersangatlah mahal
Keluarga dari Australia ini menikmati makan malam sambil diiringi oleh sekumpulan pemuzik
Selepas makan malam, kami pulang ke Bandar Kuta dan meneruskan pengembaraan sekitar Jalan Legian
Kelab malam beroperasi sehingga jam 4 pagi di sepanjang jalan ini. Ia terkenal sebagai lokasi untuk parti dan berhibur
Tahun 2002-Sebuah kelab malam di Jalan Legian ini telah dibom oleh pengganas dan mengorbankan seramai 202 orang
Monumen Bom Bali-Dibina di atas tapak kelab yang dibom
Monumen ini meninggalkan sejarah yang akan dikenang selama-lamanya oleh penduduk Bali.


Tamat pengembaraan untuk hari kedua yang bermula dari jam 9 pagi dan tamat pada jam 12 tengah malam. Untuk pengembaraan pada hari ketiga(Bahagian Utara Pulau Bali), saya akan kongsikan di dalam entri seterusnya. Antara lokasi menarik yang dikunjungi adalah:
1)Kilang pembuatan batik
2)Kilang pembuatan silver
3)Tirta Empul-Kuil Holy Water
4)Gunung berapi Kintamani
5)Tegallalang-Kawasan padi bertingkat
6)Tanah Lot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan