Halaman

Indonesia-Bali(Hari pertama/empat)

'Tanah Lot' antara tarikan utama di Bali
BALI - Bebas Aman Lestari Indah adalah ungkapan pemandu pelancong yang membawa kami ke kota yang penuh dengan nilai kebudayaan. Ia juga menjadi salah satu destinasi terkemuka dunia di mana pelancong dari seluruh pelusuk dunia hadir untuk menyaksikan keindahan salah satu provinsi(daerah) Negara Indonesia.

Percutian selama empat hari tiga malam sudah memadai untuk melawat tempat-tempat menarik, dan entri ini akan menceritakan aktiviti-aktiviti yang saya lakukan sebaik sahaja mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurai Rai, Bali.

Tambang serendah RM218(pergi dan balik) memudahkan rancangan percutian yang tidak membebankan. Tempahan dilakukan lapan bulan lebih awal dan ia nyata tidak mengecewakan.




Penerbangan AK1364 dari LCCT ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali
Akhirnya tiba selepas tiga jam penerbangan
Suasana di perkarangan Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali
Suasana sekitar perjalanan menuju ke Hotel. Ramai yang sedang bersantai memandangkan ketika ini adalah malam minggu
'Bagus Hayden Hotel' menjadi lokasi penginapan, hanya 10 minit dari lapangan terbang
Koridor menuju ke bilik
Satu malam berharga Rp270,000 bersamaan RM90
Kemudahan yang disediakan
Bilik air
Masa untuk makan malam
Masakan Padang dan Halal menjadi pilihan
Makanan dan minuman berharga Rp21,000 (RM7)
Kuta adalah bandar utama di Bali dan berikut adalah laluan pengembaraan untuk hari pertama(warna hijau)
Suasana malam sekitar Bandar Kuta
Suasana malam sekitar Bandar Kuta
Antara hotel 5 bintang yang terletak berhadapan dengan Pantai Kuta
Gambar wajib pelancong jika berada di Hard Rock Cafe
Pantai Kuta terkenal dengan aktiviti 'surfing'
Suasana sekitar Bandar Kuta
Beachwalk antara tarikan terbaru di Bandar Kuta
Lokasi yang dilawati pada hari kedua pula adalah seperti berikut:
1)Pantai Kuta
2)Suasana Bandar Kuta di siang hari
3)Masjid Agung
4)GWK
5)Dreamland
6)Pantai Padang-Padang
7)Kuil Uluwatu
8)Tarian Kecak
9)Makan Malam di Jimbaran
10)Jalan Legian-Kota Kelab Malam
11)Monumen Pengeboman Bali 2002

Klik di sini untuk ke entri Indonesia-Bali(Hari kedua/empat)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan