Halaman

Korea Selatan-Nami Island

Peta lokasi Nami Island.
Nami Island, salah satu lokasi wajib bagi sesiapa sahaja yang pergi ke Korea Selatan. Mula terkenal apabila drama Winter Sonata menjalankan penggambaran di sini, kini menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

Lokasi pulau ini terletak 60km dibahagian timur Seoul, dan saya menggunakan pengangkutan awam untuk sampai ke sini. Berikut adalah pelan perjalanan yang saya lalui:
1)Menaiki subway dari stesen Wangsimni ke stesen Cheongnyangni(Line 1) 
2)Turun subway di stesen Cheongnyangni dan tukar tren ke Gyeonchun Line.
3)Menuju ke Stesen Gapyeong(Gyeonchun line)-Perjalanan mengambil masa kira-kira satu jam.

Subway seperti LRT manakala tren Gyeonchun Line sama seperti KTM Komuter di Kuala Lumpur
Di stesen Gapyeong, satu-satunya pengangkutan yang akan membawa anda ke Nami Island adalah teksi. Usah risau, banyak teksi telah bersedia untuk membawa anda dan majoriti pelancong akan ke Nami Island, Perjalanan hanya mengambil masa 10 minit.

Teksi yang membawa kami dari stesen Gapyeong ke Nami Island
Selepas menaiki teksi, anda perlu ke kaunter tiket untuk membeli tiket feri. Perjalanan di atas feri juga hanya mengambil masa 10 minit. Feri ini akan membawa anda dari tanah besar ke Nami Island.

Feri ke Nami Island

Berikut adalah gambar-gambar menarik sepanjang pengembaraan dari Seoul ke Nami Island:

Suasana di stesen Cheongnangyi
Papan tunjuk arah
Maklumat lengkap berkenaan tren
Tren  Gyeonchun Line
Tren  Gyeonchun Line
Suasana di dalam tren  Tren  Gyeonchun Line
Pintu masuk dan kaunter tiket ke Nami Island
Tiket ke Nami Island
Malaysiaku =)
Feri bergerak menuju ke destinasi
Tiba di Nami Island
Nami Island terletak di Republik Naminara
Suasana di Jeti Nami Island
Flying Fox adalah salah satu pilihan pengangkutan jika tidak mahu menaiki feri ke Nami Island
Antara lokasi menarik yang ditawarkan
Pemandanganan sekitar Nami Island 1
Pemandanganan sekitar Nami Island 2
Berseronok dan mengambil gambar kenangan
Pemandanganan sekitar Nami Island 3
Pemandanganan sekitar Nami Island 4
Salah satu babak Winter Sonata dirakamkan di laluan ini
Arca hero dan heroin drama Winter Sonata

Tiada ulasan:

Catat Ulasan