Halaman

Malaysia-Gua Tempurung

Berusia lebih 400 juta tahun-Itulah keunikan gua batu kapur yang terletak di Gopeng,Perak.

Dikenali sebagai Gua Tempurung, peluang untuk menjelajah ke dalam gua ini sememangnya tidak harus dilepaskan. Saya bersama tiga rakan yang lain bertolak dari Kuala Lumpur pada jam 7.00 pagi dan tiba di kawasan tersebut pada jam 9.30 pagi (Bersarapan di R&R Rawang dan mengambil masa lebih kurang 20 minit)

Kami melalui lebuh raya Utara Selatan dan keluar di persimpangan Gopeng, seterusnya meneruskan perjalanan kira-kira lima kilometer menuju ke Taman Rekreasi Gua Tempurung. Sejurus tiba, kami pergi ke kaunter tiket untuk membeli tiket 'Tour 4-Grand Tour'.Ia adalah laluan paling ekstrim yang ditawarkan kerana perjalanan yang bakal ditempuh adalah sepanjang 3.8 kilometer pergi dan balik.

Bukan sahaja jarak yang menjadi ukuran, laluan tersebut juga memerlukan setiap orang membawa lampu picit kerana tiada cahaya yang akan menemani sepanjang perjalanan. Sebagai tambahan, anda perlu melalui tiga gelungsur semulajadi setinggi tiga meter, empat meter dan sembilan meter, lubang kecil serta perlu merangkak di bawah batu kapur yang hanya berketinggian kurang satu meter.

Dalam Tour 4 ini juga, anda tidak digalakkan untuk membawa sebarang alatan elektronik kerana terdapat beberapa laluan yang memaksa anda untuk masuk ke dalam air yang mengakibatkan badan anda akan basah sepenuhnya. Jika anda berdegil untuk membawa apa-apa alatan elektronik, pastikan menyediakan plastik untuk membalut alatan tersebut ketika berada di dalam zon basah.


Info mengenai Gua Tempurung:
1.Berusia lebih dari 400 juta tahun.
2.Gua Batu Kapur.
3.Panjang 1.9 km.
4.Ketinggian tertinggi pelantar pejalan kaki adalah 170 meter.
5.Terdapat beberapa ukiran menarik di dalam gua hasil hakisan air ke atas batu seperti wajah Osama bin Laden, perempuan sedang membasuh rambut, tengkorak, obor-obor, siput dan pelbagai lagi.

Info penting bagi peserta:
1.Tour 4 mengambil masa empat jam sehingga 5 jam.
2.Elakkan membawa alat elektronik atau barang berharga.
3.Anda perlu berkeyakinan dan suka kepada aktiviti lasak.
4.Pakai pakaian sukan lengkap berkasut.
5.Bawa lampu picit setiap seorang.
6.Bawa baju tambahan kerana baju anda pasti basah.
7.Kemudahan tandas dan surau disediakan.

Kos dari Kuala Lumpur ke Gopeng (Pergi dan Balik) bagi seorang:
1.Tol - RM13(Saya pergi berempat bersama rakan lain)
2.Minyak bagi 400 kilometer - RM15(Saya pergi berempat bersama rakan lain)
3.Tiket 'Tour 4-Grand Tour' bagi seorang - RM22
4.Makan dan minum - RM20
Jumlah kesuluruhan RM70

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakamkan:
Perkarangan Taman Rekreasi Gua Tempurung
Pakej yang ditawarkan
Kedai makan dan cenderahati
Pintu masuk ke Gua Tempurung
Kumpulan kami terdiri daripada lebih 30 orang.
Waktu masuk
Sebelum memasuki gua
Lubang berbentuk hati
Batu hakisan berbentuk wajah Osama bin Laden
Laluan air bawah tanah
Punca sumber air bawah tanah
Peneroka gua sampai ke titik ini pada tahun 1969
Gelungsur semulajadi nombor 1
Vandalisme
Gelungsur semulajadi nombor 2
Penghujung Gua Tempurung
Berehat sebentar sebelum patah balik ke pintu gua melalui sungai
Gelungsur semulajadi nombor 3
Pintu keluar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan