Halaman

Malaysia-Bukit Tabur(Selangor)

Salah satu puncak di Bukit Tabur

Bukit tabur adalah salah satu lokasi pendakian yang harus dikunjungi oleh sesiapa yang gemarkan pendakian. Terletak hanya 20km dari pusat bandar Kuala Lumpur, Bukit Tabur kini menjadi antara destinasi yang kerap dikunjungi oleh para pendaki terutamanya pada hujung minggu.

Mempunyai 5 puncak yang perlu ditempuhi, ia menjanjikan sebuah pengalaman yang tidak akan dilupakan. Sebelum pendakian bermula, beberapa keperluan perlu dibawa seperti:
1)Air minuman sekurang-kurangnya 500ml.
2)Coklat atau power bar.
3)Sarung tangan.
4)Beg.

Pendakian mengambil masa selama 2 jam, tetapi ia akan mengambil lebih masa sekiranya anda melakukan pendakian pada hujung minggu. Ini kerana anda perlu menunggu giliran untuk menyeberangi bukit akibat terlalu ramai seperti yang terdapat di dalam gambar-gambar di bawah.

Menuruni bukit sehingga ke titik permulaan pula mengambil masa satu jam hingga satu setengah jam bergantung pada kemampuan individu.

Sebagai makluman,Bukit Tabur tidak mempunyai pengangkutan awam. Anda perlu menaiki kenderaan sendiri melalui Jalan Lingkaran Tengah 2(MRR 2) dan melalui persimpangan Taman Melati atau Taman Melawati. Berikut adalah peta laluan ringkas sebagai rujukan dan beberapa keping gambar sepanjang pendakian:
Peta lokasi
Titik permulaan di kaki bukit
Suasana di kaki bukit(titik permulaan) sebelum pendakian bermula
Pemandangan beberapa minit selepas pendakian
Batu bernombor sebagai tanda laluan
Empangan Klang Gate mula kelihatan selepas 15 minit pendakian
Sekitar Taman Melati dan Taman Melawati
Antara laluan yang mencabar
Pendakian yang memerlukan kekuatan fizikal
Pemandangan Empangan Klang Gate dari puncak yang lebih tinggi
Perlu menunggu giliran untuk merentas bukit
Pemandangan yang menarik di puncak kedua
Beberapa iklan juga terdapat di puncak bukit
Pemandangan dari puncak ke puncak yang lain
Pendakian
Universiti Islam Antarabangsa
Pendakian puncak ketiga
Seekor ular yang ditemui ketika pendakian
Pendakian puncak keempat
Puncak kelima

Berehat di puncak bukit
Rumput bukit
Perjalanan turun ke titik permulaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan