Halaman

Singapura-SkyPark At Marina Bay Sands

SkyPark at Marina Bay Sands juga dikenali sebagai kapal di atas bangunan
Unik! Perkataan yang sesuai digunakan untuk SkyPark yang terletak di tingkat 57,bangunan kembar tiga yang dikenali sebagai Marina Bay Sands, lokasi hotel dan pusat konvensyen bertaraf dunia di Singapura.

Lokasi SkyPark ini terletak di bahagian selatan Singapura, kira-kira satu jam perjalanan menggunakan MRT dari stesen MRT Kranji. Mengembara di Singapura bukan sesuatu yang merumitkan, ini kerana sistem pengangkutan awam yang dimilikinya diakui antara yang terbaik di dunia.

Saya memulakan perjalanan dari Johor Bharu dengan meletakkan kenderaan di kompleks membeli belah City Square. Kemudian berjalan kaki ke Kompleks CIQ(Custom,Imigration and Quarantine) yang terletak bersebelahan untuk mengambil bas menuju ke kota singa.



Berikut adalah pelan perjalanan yang saya lalui untuk ke SkyPark:
1)Menaiki bas SMRT bernombor 170 dari Kompleks CIQ Johor ke stesen MRT Kranji, Singapura.
(Melalui tambak Johor-Anda perlu turun di kompleks kastam Singapura untuk mendapatkan cop pengesahan pada pasport, kemudian menaiki semula bas 170 menuju ke MRT Kranji).
2)Beli tiket ke stesen Bayfront dan naik tren menuju ke Stesen Marina Bay(Laluan merah bernombor 5).
3)Turun tren di Stesen Marina Bay dan naik semula tren laluan kuning(Circle Line bernombor 9) tanpa perlu membeli tiket baru dan menuju ke stesen Bayfront.
4)Turun di stesen Bayfront yang terletak di dalam kawasan Marina Bay Sands.

Rajah laluan dari Kompleks CIQ,Johor Bharu menuju ke Marina Bay Sands
Stesen MRT Bayfront terletak berhampiran Menara 1 Marina Bay Sands dan anda perlu menuju ke menara 3 untuk membeli tiket SkyPark. Berikut adalah gambar-gambar menarik sepanjang pengembaraan di Skypark At Marina Bay Sands.

Kaunter tiket berhampiran menara 3 Marina Bay Sands
Model Marina Bay Sands berhampiran lif yang akan membawa anda naik ke SkyPark
Harga tiket SkyPark
Tiket dewasa
Singapore Flyers dan Nicol Highway sebagai latar belakang
Bangunan pencakar langit di Kota Singa
Pemandangan yang dihidangkan adalah seluas mata memandang
The Float@Marina Bay atau juga dikenali sebagai Grandstand utama perlumbaan Formula1 Singapura
Bandaraya Kota Singa
Garden by the Bay
Gambar kenangan dijual dengan harga SGD45(termasuk bingkai) atau SGD30(Tanpa bingkai)
Kompleks membeli belah Marina Bay Sands
Pemandangan di dalam kompleks membeli belah Marina Bay Sands
Pemandangan Kota Singa dari aras bawah Marina Bay Sands
Jambatan DNA sepanjang 280 meter terletak berhampiran Marina Bay Sands
Jambatan DNA
Pemandangan Marina Bay Sands dari Jambatan DNA
Pemandangan sekitar Jambatan DNA
Latar belakang menakjubkan
Jambatan DNA dan Marina Bay Sands

Tiada ulasan:

Catat Ulasan